Alhamdulillah selepas 5 Bulan melahirkan anak kembar lelaki, pelakon Datin Seri Zizie Izette umum kini sedang hamil tiga bulan.

Menurut kakak kepada pelakon Shaheizy Sam, berita gembira yang dikongsi menerusi laman Instagram itu sudah dijangka akan mengejutkan semua.
"Pic number 4 will surprise u! #stpetersburg #russia #summereurope2018 #threemonthspregnant," katanya yang memuatnaik foto menunjukkan alat pemeriksaan kehamilan.
Zizie baru sahaja melahirkan anak kembarnya yang diberi nama Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette yang dilahirkan pada 29 Disember 2017.
Klik untuk gambar besar

Ini bermakna jarak kehamilan keduanya selepas melahirkan anak pertama hanya lima bulan.
Biarpun mengejutkan, rata-rata peminat gembira mendapat tahu berita tersebut dan mendoakan agar proses kehamilannya kali ini selamat hingga ke akhirnya.
Malah ada juga yang mendoakan agar Zizie mendapat anak kembar perempuan pula kali ini.
Zizie yang berkahwin dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 58, pada 2009 itu mempunyai dua orang anak angkat iaitu Naila Nurjenna, 3, dan Aaric Zayn Izette, 7 bulan.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Instagram Zizie Izette
________________________

No comments:
Post a Comment