31 August 2018

TAHNIAH - HAZIQ HUSSNI (HOT FM) TIMANG ANAK KEDUA


Nampaknya bukan hanya pelakon Sharnaaz Ahmad yang menyambut kehadiran 'orang baru' pada 30 Ogos 2018 tetapi pengacara dan penyampai radio Haziq Hussni juga sama.





Isterinya, Ayunda Putri telah selamat melahirkan anak kedua mereka di Hospital KPJ Tawakkal. Namun begitu, jantina bayi tersebut sehingga kini masih belum diketahui tetapi mungkin perempuan sebab warna pink.

"Assalamulaikum. My beautiful wife @ayundaputrii has safely given birth to our second baby today 30/08/2018 at 534pm. Alhamdulillah. Mama & baby sihat dan comel. Terima kasih yang mendoakan #BabyCA," tulis Haziq.

"Alhamdulillah semalam putri dah selamat bersalin our 2nd baby 😍 terima kasih byk2 utk semua yg dah mendoakan kitorg.. The process sgt lancar, doctors & nurse semua baik2.. Labor room & OT room selesa sgt..

Klik untuk gambar besar


"Thank youuuu daddy @haziq_hotfm sbb slalu teman puti, sampai ke OT pun teman, kuatkan semangat, slalu peluk cium pipi dahi tu x penah tinggal sbb nak bg puti x pikir sakit 😘

"And thankyou so much @kpj_tawakkal @kpj_healthcare always give us the best services ever! 🙏," kata isteri Haziq.

Sebelum melahirkan, Haziq telah memuatnaik sebuah video memberi kata semangat kepada isterinya ketika berada di dalam wad bersalin: "Sekarang masa untuk awak berjuang, you can do it".

Untuk makluman, Haziq dan isteri telah mula mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan sudah dikurniakan seorang cahaya mata sebelum ini, Muhamad Heidy Nufael yang kini berusia setahun.










www.myartis.com / Sumber: Instagram Haziq Hussni & Ayunda Putri


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: