31 August 2018

MAYA MATAHARI AKUI LELAKI MUDA BUKA HATINYA


"Sebenarnya saya sudah mengenali dia setahun yang lalu cuma beberapa bulan ini hubungan kami semakin serius. Dia seorang yang tidak pernah putus asa dan matang biarpun jarak usia kami agak jauh.





"Ciri-ciri ini buat hati saya terbuka lagi," kata penyanyi Maya Matahari yang mengakui sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lelaki muda.

Pemilik nama sebenar Meyanaliza Ruslee, 42, berkata, lelaki tersebut telah membuka hatinya untuk bercinta lagi selepas gagal dalam perkahwinannya sebelum ini.

Klik untuk gambar besar


Dalam masa sama, Maya memberitahu sebagai seorang wanita dia mahukan zuriat selepas tidak dikurniakan cahaya mata dalam perkahwinan pertama.

"Saya pernah kata tidak mahu bercinta lagi selepas gagal dalam perkahwinan sebelum ini, tapi bila dia (kelasih) datang ia mengubah segalanya.

"Lagipun saya pun menginginkan juga seorang dua zuriat untuk menyambung generasi saya," tuturnya yang sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz pada Jun 2009 sebelum berpisah pada 0gos 2015.




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: