23 August 2018
MASAK SUDAH BIASA - ATIKAH SUHAIME HANYA PERSIAPKAN DIRI
Aktres Atikah Suhaime yang bakal melangsungkan perkahwinan dengan penyanyi Awi Rafael pada 17 Mac depan di Singapura itu memberitahu yang dia tidak bimbang untuk melakukan tugas sebagai seorang isteri terutamanya soal memasak.
Ini kerana kata pelakon kelahiran Singapura ini, dia sudah terbiasa dengan tugas tersebut kerana sejak berpindah ke Kuala Lumpur untuk menjadi pelakon beberapa tahun lalu dia sering memasak di rumah.
"Tinggal di Kuala Lumpur saya jarang makan di luar kerana lebih suka memasak sendiri di rumah jika tiada komitmen kerja.
"Mula-mula dahulu ibu saya jadi mangsa kerana jika ingin memasak sesuatu saya akan telefonnya untuk minta resepi dan cara memasak selain belajar dari Youtube.
Klik untuk gambar besar
"Alhamdulillah lama-kelamaan saya semakin terbiasa dan dari situ kebolehan memasak semakin baik... Insya-Allah selepas berkahwin nanti tiada masalah hendak ke dapur," katanya yang mengikat tali pertunangan 17 Mac lalu.
Dalam pada itu, Atikah berkata, selain sedang sibuk melakukan persiapan untuk hari bersejarahnya itu dia juga giat mempersiapkan dirinya untuk bergelar isteri.
Kata Atikah, ini termasuk memperbaiki dirinya ke arah lebih baik selain mengambil peluang untuk mengenali pasangan dengan lebih baik.
www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment