Pelawak Tauke Jambu yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi itu memberitahu bahawa isterinya, Nadia Mohd Effendi ini berubah menjadi seorang yang sensitif.

Tauke berkata isterinya yang kini hamil enam bulan itu dilihat lebih beremosi selepas hamil.
"Emosi dia cepat terganggu sekarang dan terlau sensitif jika ditegur. Silap sikit, pasti dia akan cepat marah dan meninggikan suara.
"Jadi sebagai suami saya memahami perubahan itu kerana pembawakan budak dan saya cuba tidak mengguriskan hatinya," katanya.
Klik untuk gambar besar

Apabila ditanya mengenai jantina anaknya itu, Tauke memberitahu ketika pemeriksaan ultrasound doktor tidak dapat mengesannya.
"Masa scan tu doktor tak nampak alat kelaminnya, tapi saya rasa baby girl sebab instinct saya kuat mengatakan dia hamil anak perempuan.
"Instinct ni saya tak boleh nak jelaskan bagaimana tapi sebagai suami dan bapa saya dapat rasa," ujarnya yang mendirikan rumah tangga dengan Nadia pada 9 Disember 2017.

www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak
________________________

No comments:
Post a Comment