29 August 2018

BALKISYH DEDAH JADI MANGSA KEGANASAN RUMAH TANGGA


"Saya bukan seorang yang suka mendedahkan hal rumah tangga dan kalau ada wartawan telefon pun saya cuba sembunyikan masalah dalaman saya.





"Tapi selepas sah bercerai September tahun lalu saya baru berani bersuara tentang apa yang saya lalui. Sepanjang 11 tahun berkahwin kami nampak sahaja seperti bahagia hakikatnya ia hanya dua tahun sahaja.

"Sembilan tahun lagi saya menderita dengan keganasan rumah tangga, selama itu 14 laporan polis yang saya buat, ada yang terpaksa tarik balik," ujarnya pelakon drama 'Mak Cun', Balkisyh Semundur Khan yang mendedahkan dia melalui kehidupan yang perit sepanjang 11 tahun hidup berumah tangga.

Untuk makluman, Balkisyh dan Mohd Aizad Rosli berkahwin pada tahun 2007 dan mereka sah bercerai pada 5 September lalu. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua anak iaitu Nur Qalesya, 7, dan Muhamad Nor Qaisyh Khan, 2.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Balkisyh yang popular dengan watak Atul ini berkata kehidupannya lebih mencabar apabila ditinggalkan sehelai sepinggang ketika mereka sah bercerai dan dia juga terpaksa menumpang serta meminta simpati jiran berikutan tiada wang untuk meneruskan kehidupan.

"Selepas bercerai saya ditinggalkan dengan akaun kosong, rumah berhutang, kereta sudah empat bulan tak bayar dan rumah pula dikunci.

"Ketika itu saya dan anak-anak terpaksa menumpang simpati di rumah jiran empat hari kerana bekas suami tak beri masuk ke rumah tersebut. Selepas itu saya terpaksa berjuang mencari duit untuk bayar hutang piutang yang ditinggalkan itu sendiri," tuturnya.



Selain itu, Balkisyh berkata, dia juga hilang sabar dan mula mendedahkan perkara itu selepas bekas suaminya memuatnaik video pergaduhan apabila dia cuba menghalang suaminya mengambil anak mereka pada Julai lalu.

Video yang menjadi tular itu memperlihatkan terdapat kekecohan apabila Balkisyh berlaku kasar dan menendang kaki lelaki itu.

"Kejadian (rakaman video) itu terjadi pada 13 Julai lalu semasa hari jadi saya gara-gara bekas suami tidak puas hati dengan kes mahkamah tentang hak penjagaan anak. Saya menang dan dapat hak penjagaan anak selepas membuktikan saya bekerja dan mampu menjaga anak-anak.

"Tapi yang tidak logiknya dia bawa dokumen mahkamah untuk ambil anak selepas itu membuatkan saya tidak percaya dan menghalang dia mengambil anak," ujarnya yang berkongsi pengalaman ini agar menjadi pengajaran kepada wanita lain.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: