29 August 2018

"PEKERJA TV3 MACAM DAJJAL" - FATHIA MAHU DUITNYA


Aktres Fathia Latiff, 31, menerusi laman Instagram telah meluahkan kemarahan dan tidak puas hati kepada pihak TV3 dan Media Prima.





Dalam status yang dimuatnaik hari ini, Fathia menyelar TV3 dan menuntut pihak terbabit menyegerakan bayaran khidmat beliau dalam sebuah acara stesen televisyen.

Pelakon drama 'Ariana Rose' itu mendakwa dia mempunyai kontrak bagi membuktikan tuntutan yang dibuat itu adalah wajar.

"TV3, Media Prima tolong pulangkan duit saya untuk projek kormersial yang pernah saya buat beberapa tahun lalu. Jangan putar belit cerita.

Klik unuk gambar besar


"Kontrak ada semua jawapan dan baca betul-betul sebelum mendengar daripada pekerja-pekerja anda," ujarnya.

Dalam pada itu, Fathia turut meminta agar namanya tidak lagi disenaraihitamkan daripada membintangi drama atau telefilem terbitan stesen tersebut.

Dia turut mendakwa pekerja-pekerja di stesen televisyen itu bersikap tidak adil apabila memilih pelakon-pelakon baharu membintangi drama mereka.



"Sebab tu rating turun sebab pekerja TV3 macam dajjal. Cerita-cerita sedap suka hati korang tolak. Lepas tu pelakon baru korang sukalah sebab senang nak buli.

"Korang sedar tak korang kuli batak. Produser hebat penat pitching tapi korang ambil cerita lemau kampung yang tak stimulate dengan otak," tulisnya.

Tambah Fathia menerusi kapsyen pada status berkenaan, dia hanya digunakan untuk menaikan rating rancangan hiburan stesen itu apabila ditemubual dalam rancangan hiburan Melodi.

Fathia terkenal dengan mulut lantangnya sejak kebelakngan ini selain terpalit dengan pelbagai isu dan kontroversi yang dicetuskan melalui perkongsian di media sosial.


www.myartis.com / Sumber: mStar & Instagram Fathia Latiff


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: