21 August 2018

SEJAK LAHIR TERPISAH - ADAM CORRIE KONGSI HIDAYAH ADIK


"Ini adik lelaki saya, Shah. Kami terpisah selama 36 tahun. Sejak beliau dilahirkan. Jumpa semula 10 tahun lalu. Alhamdulillah Shah dibesarkan dalam keluarga muslim sebagai muslim. Alhamdulillah sekarang beliau sudah berusia 46 tahun.





"Masih bujang. Dah berpunya atau belum, saya tak tahu. Jadi dalam keluarga saya, saya dan adik sahaja yang muslim," kata pelakon Adam Corrie, 50, yang pertama kali memperkenalkan adik kandung lelakinya bernama Shah menerusi laman Instagram.

Menurut Adam atau nama penuhnya Adam Corrie Lee Abdullah, Allah memberikan hidayah dalam pelbagai cara namun yang paling penting individu itu perlu istiqamah dan sebar kebaikan pada semua.

"Allah berikan hidayah Islam kepada hambaNya dalam pelbagai cara. Ada yang bertuah, lahir dalam keluarga beragama Islam.

Klik untuk gambar besar


"Ada yang perlu menjadi cahaya Islam bertahun-tahun baru dapat cahaya Islam. Ada yang dihujung nyawa Allah campakkan hidayah Islam pada diri mereka.

"Walau bagaimana cara pun kita menerima hidayah. Yang penting kita istiqamah dalam hidup ini sebar kebaikan pada semua," ujarnya.

Pelakon filem 'KL Gangster' itu telah memeluk Islam pada 13 Julai 2007 dan berkahwin dengan isterinya, Fazema Mohd Fuad, 36 pada 2008.

Adam dan Fazema dikurniakan seorang anak lelaki bernama Adam Fateh Lee pada 11 Julai lalu selepas 10 tahun penantian.






www.myartis.com / Sumber: Instagram Adam Corrie


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: