21 August 2018

TAHNIAH - FARHAN AF4 TIMANG PUTERI KEDUA


Pada jam 5.40 petang semalam, bekas peserta program realiti, Akademi Fantasia (AF), Farhan Azizan telah selamat melahirkan bayi kedua di sebuah hospital di Putrajaya.





Bayi kedua yang merupakan seorang perempuan itu dilahirkan secara pembedahan itu seberat 2.7 kilogram.

Berita itu dikongsi Farhan dan suaminya, Ahmad Rashadan melalui aplikasi WhatsApp kepada BH Online.

"Alhamdulillah semuanya lancar... Saya dan anak stabil. Mengujakan dan nikmat terindah bergelar ibu untuk kali kedua," katanya.

Klik untuk gambar besar


Enam jam sebelum bersalin, Farhan sempat memuatnaik nombor bilik dan nama doktor bertugas di laman Instagram.

Melalui entri itu, Farhan yang bernikah pada 2014 itu meluahkan perasaannya melalui catatan berikut.

"Assalamualaikum, di sini saya ingin memohon maaf sekiranya ada salah dan silap serta halalkan makan minum. Doakan semoga dipermudahkan urusan bersalin ini dan selamat," tulisnya.

Farhan dan Ahmad sebelum ini dikurniakan anak perempuan diberi nama Souffea Zulaeqha yang kini berusia setahun enam bulan.



         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: