21 August 2018
FOTO 'KEKASIH BARU': "TAK MAINLAH GIMIK" - ELFIRA
Semalam mencetuskan pelbagai tanda-tanya apabila memuatnaik foto mesra bersama seorang lelaki di tepi pantai. Ramai yang percaya jejaka itu adalah 'kekasih baru' beliau tetapi wajahnya tidak jelas kelihatan.
Rata-rata netizen ingin tahu identiti sebenar jejaka tersebut. Tidak kurang juga ada yang mengatakan mungkin Elfira sengaja ingin mencetuskan gimik sahaja.
Pelakon Elfira Loy yang sudah pun meneruskan kehidupan dari kisah putus tunangnya telah diminta kepastian mengenai identiti lelaki di sebelahnya.
Bagaimanapun, usaha Berita Harian tidak membuahkan hasil apabila Elfira selesa merahsiakan dulu perkara itu. Dalam masa sama, Elfira menafikan dia cuba melakukan gimik seperti yang didakwa ramai.
Sementara itu, usaha BH Online mendapatkan kepastian daripada Elfira mengenai identiti lelaki di sebelahnya tidak membuahkan hasil. Selesa merahsiakan dulu perkara itu, Elfira bagaimanapun, menafikan dia cuba melakukan gimik.
Klik untuk gambar besar
"Saya tak mainlah gimik sebegitu. Tidak ada apa lagi yang perlu dikongsi," demikianlah kata Elfira.
Daripada sumber yang kami terima, hubungan Elfira dan jejaka tersebut yang dikenali sebagai Faris K Anuar sudah lama terjalin. Mereka pernah hadir bersama-sama ke jamuan hari raya di rumah pelakon Sari Yanti sebelum ini.
Faris merupakan graduan Cass Business School, City University London dalam bidang Sains Aktuari. Berasal dari keluarga yang berada dan pernah menjadi salah seorang anak didik Datuk Aznil Haji Nawawi untuk rancangan On Air musim 2.
Nampaknya pilihan Elfira kali ini, boleh tahan juga dan apa yang penting katanya hubungan mereka ini mendapat restu ibu bapa pelakon wanita itu.
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment