"Sahabat OKU semua, ayuh kita pantau ketidakadilan yang dilakukan pada kemudahan kita. Kita harus sama-sama ingatkan masyarakat supaya mereka tidak boleh sewenang-wenangnya mencabuli hak kita.

"Dari tandas, tempat letak kereta, kekangan di bahu jalan, ruang pergerakan yang sempit, ketiadaan lif dan pelbagai lagi," tulis personaliti TV terkenal, Ras Adiba Radzi yang menyeru golongan OKU untuk menegakkan hak mereka di kalangan masyarakat menerusi sebuah entri di Instagram.
Menurut Ras Adiba, terdapat segelintir pihak yang melakukan ketidakadilan dan mengganggu kemudahan awam yang dikhaskan buat golongan OKU.
Terdahulu, Ras Adiba telah menentang cadangan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh yang mencadangkan golongan LGBT dibenarkan untuk menggunakan tandas OKU.
Klik untuk gambar besar

www.myartis.com / Sumber: Instagram Ras Adiba
________________________

No comments:
Post a Comment