14 August 2018

"SINDIRAN UNTUK NETIZEN" - ADAM ZAINEE NAFI BEDAH


"Status itu tidak benar. Saya tidak melakukan sebarang pembedahan plastik pun hanya semata-mata nak nampak wajah seperti Hael.





"Apa yang saya tulis itu hanya sekadar sindiran untuk netizen yang tak habis-habis kata saya sengaja nak tiru dan mahu menggunakan populariti Hael.

"Sebenarnya, ia hanya teknik solekan yang menampakkan wajah saya seperti dia. Selain, penampilan yang lebih kurang sama," jelas pemuda bernama Adam Zainee yang menerima kecaman gara-gara membuat pengakuan melakukan pembedahan plastik RM45,000 untuk memiliki wajah seperti penyanyi Hael Husaini.

Rata-rata mereka mengatakan individu tersebut sengaja mahu menggunakan populariti Hael untuk menjadi terkenal.

Klik untuk gambar besar


Tambah Adam lagi, dia tidak ada niat untuk meniru gaya Hael namun menjadikan penyanyi lagu Jampi itu sebagai idola dalam bidang seni.

Malah, jejaka yang berasal dari Pontian Johor ini memberitahu dia berminat untuk ceburi bidang lakonan.

"Saya bukan mahu tiru penampilan Hael tapi jadikan dia sebagai idola dalam industri seni. Apa yang saya gayakan hanya mengikut trend fesyen terkini.



"Dia juga merupakan sumber inspirasi untuk saya ceburi bidang seni. Saya kagum dengan perjalanan karier seni dia. Saya sangat berminat untuk menjadi seorang pelakon. Ada juga cuba beberapa uji bakat tapi belum ada rezeki," ujarnya.

Dalam pada itu, Adam mengambil kecaman netizen itu sebagai persediaannya untuk melangkah masuk dalam industri.

"Saya tak kisah pun dengan kecaman netizen. Yang positif saya ambil dan yang negatif saya hiraukan sahaja. Kiranya kecaman itu sebagai persediaan dan pertahanan untuk saya memasuki dunia seni," tuturnya.








www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: