15 August 2018

'LARI' DARI ISU - SUHAIMI SAAD NAFI, JELASKAN SEBAB


"Tu la ampa ni. Kalau ss cakap tak cerdik, ampa marah. Orang cerita pasal konsert, pasal hijrah, ampa duk sibuk cerita pasai vaksin la, mesin basuh la.. Mawi la.. last last bergaduh sesama sendiri 😂.





"Elok sangat lah tu.. Macamana la orang kita ni nak ke depan dan maju. Cuba lah jadi matang dan bijak sikit. Tengok dan betulkanlah diri sendiri, keluarga sendiri dulu.

"Dah sempurna sangat ke kita tu...?," tulis suami kepada Ina Naim, penyanyi nasyid Suhaimi Saad (SS) yang memberi penjelasan di laman Instagramnya sebab dia pulang ke Kelantan.

Penyanyi kumpulan In-Team dan isteri, Ina Naim telah mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman, Kelantan dan sudah menetap di sana dua minggu lalu.

Klik untuk gambar besar


Namun, ada segelintir pihak yang menyangkal bahawa Suhaimi mahu 'lari' dari isu vaksin dan penggunaan mesim basuh yang pernah mencetuskan kontroversi satu ketika dulu.

Menurut Sinar Harian, mereka berbuat demikian kerana atas urusan kerja dan lebih dekat dengan anaknya, Ehmad Hadie Elfardie, 10, dan Sallman Elkhoyri, 8, yang kini sedang menuntut di sebuah pusat tahfiz di Bachok, Kelantan.

Difahamkan, Suhaimi dan Ina sudah lama bercadang untuk pulang ke kampung halaman sejak setahun lalu.

Apa-apapun, rezeki Allah itu luas, tidak kisah walau dimana kita kita berada sekali pun. Semoga kalian dimurahkan rezeki.






www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan, Sinar Harian & Instagram Suihaimi Saad


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: