15 August 2018

LGBT DISARAN GUNA TANDAS OKU - RAS ADIBA BANTAH


Saranan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh yang membenarkan komuniti transgender menggunakan tandas Orang Kelainan Upaya (OKU) telah mendapat bantahan dari personaliti televisyen, Ras Adiba Radzi.





Dia yang juga Pengerusi dan Pengasas Persatuan OKU Sentral itu menegaskan kemudahan tersebut disediakan khas untuk golongan yang tidak berupaya.

"Saya sebagai Pengerusi dan Pengasas Persatuan OKU Sentral ingin menyampaikan bantahan kami di atas saranan YB untuk membenarkan LGBT menggunakan tandas kami.

"Maaf kami sebulat suara tidak setuju. Ini adalah hak kami, kenapa perlu kami kongsi dengan mereka yang berupaya?" ujarnya di laman Instagram miliknya.

Pada Isnin lalu, Fuziah Salleh menyarankan komuniti transgender agar menggunakan tandas yang dikhaskan untuk OKU buat sementara waktu sebelum mereka diterima sepenuhnya oleh masyarakat.

Klik untuk gambar besar


"Kami sudah sekian lama melalui keadaan sebegini, mengapalah YB ingin mencadangkan sebegitu?" soalnya.

Beliau berkata, langkah sementara itu adalah penyelesaian terbaik selepas mengambil kira perasaan segelintir wanita yang berasa tidak selamat apabila golongan transgender menggunakan tandas wanita.

Dalam pada itu, Ras Adiba berkata, kemudahan itu sering disalahgunakan oleh masyarakat tidak bertanggungjawab, malah turut dijadikan tempat merokok, stor dan tempat rehat pekerja pembersihan.

Tambahnya, dia meminta pihak tersebut membuat kajian terperinci terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan yang boleh memberi kesan kepada masyarakat.




www.myartis.com / Sumber: mStar & Instagram Ras Adiba


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: