15 August 2018

"JANGAN HINA ANAK SAYA, BERIKANLAH DOA" - ADAM CORRIE


"Tak beriya sangat untuk wujudkan akaun Instagram anak cuma sekadar suka-suka. Ada orang follow Alhamdulillah. Kalau tak ada tak mengapa.





"Cuma janganlah komen yang buruk-buruk ataupun nak hina anak saya. Ucaplah tahniah mahupun berikanlah doa, saya terima," kata pelakon Adam Corrie Lee, 50, yang mahukan sesuatu yang positif buat anak sulungnya, Adam Fateh Lee.

Adam Corrie mmeberitahu, kewujudan akaun Instagram anak lelakinya itu bukanlah bertujuan untuk mencari publisiti ataupun komersial, namun ia hanyalah sebagai album digital.

Kehadiran cahaya mata dalam kehidupan rumahtangga pastinya sesuatu yang sangat dinantikan dan bagi Adam Corrie, jangka masa 10 tahun menunggu kelahiran anak sulung adalah saat terindah buat dia dan isteri.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu, dia juga sempat berkongsikan saat cemas apabila menyambut kedatangan cahaya mata pertama yang dinantikannya sekian lama itu. Ini kerana, anaknya diam dan tidak bersuara sebaik dilahirkan.

"Tetapi selepas doktor sedut apa yang ada di dalam mulutnya itu, dia mula menangis. Allah sahaja yang tahu betapa gembiranya saya sehingga terus sujud syukur," kongsinya.

Untuk makluman, Adam Corrie memeluk Islam pada 13 Julai 2007 dan berkahwin dengan Fazema Mohd Fuad, 40, pada 2008.

Apapun, semoga kehadiran cahaya mata baru ini akan membuatkan keluarga mereka lebih ceria dan meriah.






www.myartis.com / Sumber: Sinar Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: