15 August 2018

HAJAT ISTERI TERTUNAI - SAHARUL HASRAT TUNAI HAJI SEBELUM 40


Setelah dapat memenuhi permintaan isteri untuk sama-sama mendengar ceramah agama di masjid, pelakon Saharul Ridzwan menyifatkan dirinya berasa gembira.





Walaupun permintaan tersebut dibuat hampir dua tahun lalu, dia tetap bersyukur di atas segala perancangan yang telah diatur oleh Allah S.W.T.

"Awal2 kahwin dulu, wife saya pernah cakap dekat saya, "Sayang, teringin nak pergi masjid dan dengar ceramah sama-sama".

"Hari ni sepatutnya sy shooting, tapi cancel last minit, kemudian ada tahlil arwah kawan baik wife saya di Masjid, katanya lepas Maghrib, tapi Imam buat lepas Isyak. Sementara itu, kami dengarlah ceramah sama-sama

Klik untuk gambar besar


"Selepas hampir nak 2 tahun doa itu, maka Allah makbulkan pada hari ini iaitu 1 Zulhijjah 1439 walaupun dengan 'asbab' yang lain," tulisnya.

Dikesempatan itu, bersempena dengan bulan Zulhijjah 1439, Saharul turut berdoa supaya dia bersama isterinya diberi kesempatan untuk menunaikan ibadah haji sebelum berumur 40 tahun.

"Jadi doa saya hari ni pulak, sy dan isteri dapat dijemput Allah utk tunaikan HAJI sebelum umur kami 40 kalau dipanjangkan umur. Amin, InShaaAllah," katanya.

Terdahulu, hero drama 'Jangan Benci Cintaku' itu telah melangsungkan perkahwinannya pada 16 September 2016 dan sudah pun dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.






www.myartis.com / Sumber: Media hiburan & Instagram Saharul Ridzwan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: