Baru-baru ini, video tarian lagu terbaru Datuk Seri Aliff Syukri berjudul 'Bobo Dimana', yang tular di media sosial telah menerima pelbagai reaksi sehingga dikecam termasuk bekas pelakon Wardina Saffiyyah.

Ini kerana tarian promo lagu terbaru gandingannya bersama dua lagi bintang iaitu Nur Sajat dan selebriti Indonesia, Lucinta Luna itu dilihat 'mengundang' apatah lagi menjelang perayaan Aidil Adha.
Dalam kenyataan yang dimuatnaik, Wardina telah menyelar dan menyifatkan tindakan usahawan kosmetik itu sebagai tidak sepatutnya dan melampau.
Tambah Wardina, DS Aliff sepatutnya berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan dan bukanya melakukan video yang menunjukkan tarian kurang sopan itu.
Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, bekas bintang 'Spanar Jaya' ini turut memberitahu, dia ada menghubungi DS Shahida secara peribadi untuk memberi teguran atas dasar peduli dan sayang.
Aliff Syukri menerusi laman Instagramnya telah melahirkan rasa terima kasih kepada Wardina di atas tegurannya itu.
Dalam status itu juga, Aliff Syukri tampil menjelaskan situasi yang terjadi di sebalik klip video tersebut.


www.myartis.com / Sumber: Instagram Aliff Syukri & Wardina Saffiyyah
________________________

No comments:
Post a Comment