21 August 2018

ISU SONGLAP DUIT: "TAK BOLEH BELI KANCIL PUN" - ALIFF AZIZ


"Tidak perlu menjatuhkan hukum jika tidak mengetahui cerita kedua-dua belah pihak. Saya harap anda gembira dengan populariti anda yang sedang viral sekarang kerana ia tak akan lama," ujar penyanyi dan pelakon Aliff Aziz.





Suami kepada Bella Astillah ini meminta orang ramai tidak membuat andaian berkaitan isu songlap duit yang didedahkan seorang individu melibatkan dirinya pada Isnin.

Aliff berkata, terdapat salah faham dalam isu berkenaan dan beliau akan menjelaskan perkara itu dalam masa terdekat.

Sebelum ini, seorang ahli perniagaan mendedahkan bahawa dia ditipu penyanyi lagu Sayang Sayang ini selepas memberi pinjaman sejumlah wang.

Klik untuk gambar besar


Penyanyi itu didakwa tidak mahu memulangkan wang selepas diminta berbuat demikian, malahan enggan memuatnaik posting berkaitan produk seperti yang dijanjikan.

Dalam pada itu, Aliff berkata, adalah mustahil bagi dirinya untuk mencuri wang sejumlah RM1,500 itu.

"Nak songlap duit RM1,500 adalah sangat mustahil, tak boleh beli kereta kancil pun," katanya yang mempunyai seorang anak lelaki bernama Mohamad Ayden.






www.myartis.com / Sumber: mStar & Instagram Aliff Aziz


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: