21 August 2018

KELUAR HOSPITAL - WAN MAIMUNAH HARAP KESIHATAN BAIK


Alhamdulillah... pelakon Wan Maimunah yang mengalami jangkitan kuman di paru-paru telah keluar dari wad Hospital Alor Gajah pada petang semalam selepas seminggu ditahan.





Ketika dihubungi, Waimunah meluahkan rasa syukurnya serta menjelaskan dia masih perlu mengambil ubat yang dibekalkan oleh doktor pakar dalam tempoh masa tertentu.

"Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana telah keluar dari hospital, keadaan kesihatan pun semakin baik cuma masih perlu mengambil ubat yang dibekalkan oleh doktor pakar.

Klik untuk gambar besar


"Saya berharap agar terus dikurniakan kesihatan yang baik agar dapat menjalani kehidupan harian secara aktif," ujarnya.

Untuk makluman, Wan Maimunah mula menjejak kaki di dunia lakonan pada tahun 1972 dan telah memenangi Artis Komedi Wanita Popular selama lima tahun berturut-turut dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian pada tahun 1992 hingga 1996.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: