21 August 2018

ELFIRA DIDAKWA CARI KEKASIH BANTU SELESAIKAN HUTANG


Nama pelakon Elfira Loy kini semakin panas nampaknya sejak dirinya hangat bercinta dengan seorang jejaka yang agak berada.





Pada mulanya, ada yang kata Elfira sekadar buat gimik sahaja dan kini timbul pula dakwaan laman Beautifulnara mendakwa beliau hanya mengambil kesempatan terhadap hubungan cinta yang terjalin. Biar betul...

Menerusi twitter, seorang netizen menyindir Elfira dengan mendakwa pelakon itu mencari kekasih yang boleh membayar hutangnya.

Klik untuk gambar besar


Netizen itu mendakwa, Elfira liat untuk membayar hutang namun tidak mahu mengakuinya sehingga menuduh ada pihak yang dengki padanya.

Tambahnya, Elfira dikatakan sudah beberapa kali dipanggil mahkamah untuk membayar hutang tersebut sehingga keluar notis muflis.

Dakwa netizen itu lagi, apabila keluar notis muflis, barulah Elfira bertindak membayar hutang tersebut. Netizen itu mendakwa Elfira berhutang dengan individu namun tidak membayar sehingga pihak tersebut membawa kes itu ke mahkamah.



Tidak mahu berdiam diri dengan tuduhan liar dan penghinaan yang dilemparkan pada dirinya, Elfira tampil membalas tweet berkenaan dengan ayat cukup ringkas tetapi sangat ‘mendalam’ kepada netizen tersebut.

Terdahulu, sekeping foto notis muflis yang tertera nama penuh Elfira menimbulkan pelbagai persoalan dari netizen adakah benar pelakon itu dididakwa sudah bankrap.

Bagaimanapun, menerusi Instagram Elfira menafikan dakwaan tersebut dan memberitahu ada pihak cuba menjatuhkan dirinya dengan pelbagai cara termasuklah sanggup menyebarkan fitnah.

Adakah benar dakwaan tersebut? Lebih baik kita dengar penjelasan dari Elfira terlebih dahulu sebelum membuat spekulasi sendiri.








www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: