23 August 2018

BULAN DEPAN - TASHA MANSHAHAR AKHIRI ZAMAN BUJANG


Selepas mengikat tali pertunangan pada 24 Disember tahun lalu, penyanyi lagu 'Terima Kasih Cinta', Tasha Manshahar bakal melangsungkan pernikahan dengan pasangannya yang juga penyampai radio, bulan depan.





"Kami mula berkenalan hujung 2016. Selepas hampir setahun, kami ambil keputusan untuk bertunang pula. Dari awal perhubungan hingga sekarang kami memang tidak terlalu bercerita.

"Bukan apa, dalam tempoh bertunang apa saja boleh terjadi. Kita tidak tahu hati orang. Mungkin ada suka begitu juga sebaliknya.

"Dalam masa sama, tidak perlu fikir apa yang orang mahu perkatakan atau buat spekulasi. Disebabkan itu, kami ambil pendekatan diam saja hingga tiba waktu sesuai barulah kami kongsikan," katanya kepada Harian Metro.

Tasha yang kini bertugas sebagai guru di sebuah sekolah di Melaka berkata, persiapan majlis perkahwinan mereka sudah 85 peratus siap.

Klik untuk gambar besar


Sehingga kini, Tasha atau nama penuhnya Nur Nadia Natasha Mohd Manshahar, 26, masih mahu merahsiakan siapa bakal suaminya. Namun terdahulu, Astro Gempak ada merungkai siapa gerangan tunangnya itu.

Jejaka tersebut adalah Raqib yang kini bertugas sebagai penyampai radio Zayan FM dan pernah menyertai rancangan Akademi Fantasia (AF9).

Raqib, 27, pernah menghasilkan single bersama kumpulan UNIC berjudul 'Bintang Syurga' dan muncul dengan album sendiri, 'Luahan Rasa' pada tahun 2014.

Selain itu, graduan Universiti Multimedia, Melaka itu juga pernah terbabit dalam beberapa program pengacaraan televisyen sebelum ini.



         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: