03 August 2018

"TIADA APA BERLAKU PUN" - UQASHA TAK MAHU UNGKIT LAGI


Masihkah anda ingat lagi mengenai kes yang berlaku pada 6 Mei lalu dimana pelakon Uqasha Senrose, 25, ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung penemuan dadah jenis Eramin 5 dalam beg tangannya.





Pelakon drama 'Rahsia Hati Seorang Perempuan' ini ketika ditemui Harian Metro itu memberitahu yang dia tidak mahu mengungkit kejadian itu lagi.

Dalam masa sama, Uqasha berkata, kejadian itu mematangkannya dalam meniti kehidupan sebagai selebriti.

"Kes sudah ditutup dan semuanya sudah selesai. Sebenarnya, tiada apa yang berlaku pun. Saya juga tidak mahu mengungkit lagi kejadian itu. Kini, tiba masanya untuk saya fokus kepada kerjaya lakonan," katanya.

Kakak kepada pelakon Nelydia Senrose itu berkata, dia juga akan lebih berhati-hati dalam pergaulannya selepas ini.

Klik untuk gambar besar


"Semuanya bergantung pada pendirian kita. Saya juga akan menjauhkan diri dari perkara yang negatif. Kejadian yang berlaku turut mengeratkan lagi hubungan dengan ahli keluarga yang sentiasa menyokong," ujarnya.

Dadah itu ditemui dalam beg tangannya selepas Uqasha terbabit dalam kemalangan di Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail.

Terdahulu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim dipetik sebagai berkata, ujian air kencing yang dijalankan ke atas Uqasha mendapati ia negatif dadah.

Pelakon itu juga dibebaskan selepas keterangannya direkodkan.







         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: