02 August 2018

KES CABUL - AHYA TAK GENTAR DISAMAN DEMI BAKAL ISTERI


Di atas tuntuan saman malu berhubung kes cabul, pelakon filem 'Harmonika', Ahya Rosli bakal diheret ke mahkamah gara-gara mahu mempertahankan bakal isteri.





Ahya, 31, berkata lelaki yang mahu menyamannya itu difahamkan tidak berpuas hati dengan tindakannya menularkan kejadian cabul yang berlaku terhadap bakal isterinya April lalu di Menara AIA Jalan Ampang sehingga mengakibatkan lelaki tersebut dipecat.

"Ya, saya memang ada menerima notis daripada pihak peguam yang memaklumkan mengenai kes saman fitnah tersebut.

"Menurut notis itu, saya diminta hadir ke mahkamah di Jalan Duta pada Januari hadapan untuk memulakan prosedur perbicaraan," akui anak kepada dramatis Normah Damanhuri.

Mengulas lanjut, Ahya bagaimanapun tidak gentar dengan saman yang telah difailkan dan sedia untuk dibicarakan kerana yakin dia berada di pihak yang benar.

Klik untuk gambar besar


Tegasnya, insiden dialami bakal isterinya adalah isu serius dan tidak boleh diambil mudah oleh sesiapa jua.

"Apatah lagi individu yang menjadi mangsa adalah bakal isteri saya sendiri. Takkan saya nak duduk diam?

"Tindakan saya memaklumkan mengenai kejadian itu pada laman sosial bertujuan memberi peringatan dan amaran kepada umum.

"Kebetulan setelah tular, beberapa pekerja wanita tampil menyuarakan bahawa mereka turut mengalami pengalaman serupa," tambahnya lagi.


www.myartis.com / Sumber: Utusan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: