30 August 2018
YURAN ANAK ALIFF SYUKRI RM34,359 - NETIZEN TERKEJUT
Menerusi laman Instagram, usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri telah memuatnaik cek sebanyak RM34,359 dan mengakui bukan mudah membesarkan anak-anak pada zaman sekarang apabila kos untuk yuran sekolah anaknya semakin meningkat.
"Bukan senang nak besarkan anak zaman skrg kos makin tinggi.. belum masuk class mengaji, baking, renang... ekonomi kenapa lah sloww skit di malaysia..
"Abah kena kerja kuat lagi nak bayar yuran anak sekolah utk 4bulan.. Abah harap anak2 Abah hargailah penat Abah dan Mama cari duit ðŸ˜ðŸ˜," tulisnya.
Bagaimanapun perkongsian itu telah membuat ramai netizen terkejut serta mempertikaian jumlah yuran sekolah yang dibayarnya.
Klik untuk gambar besar
Malah rata-rata netizen berpendapat jumlah yang dibayar itu terlalu banyak sehingga ada yang menyamakan dengan jumlah setahun gaji mereka.
"Perh, macam gaji saya setahun. / "Gila.. sekolah apa yuran smpai 34k 4 bulan.. Universiti atau sekolah? Atau sekolah International. Bapak ahh? Macam melabur atas kapal persiaran 34k / Pendapatan saya setahun pun tak smpai 30k..hehe hargailah jasa mak ayah," antara komen netizen.
Selain itu, ada juga yang telah menjadikan Aliff sebagai inspirasi untuk berjaya dan menjadi kaya.
www.myartis.com / Sumber: Instagram Aliff Syukri
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment