30 August 2018

BERHUBUNG KEPALSUAN - AISHAH BAKAL SAMAN VIDA


"Dah jelas bahawa Vida enggan memohon maaf, jadi pilihan terakhir ialah dengan mengambil tindakan undang-undang.





"Saya bukan ingin mulakan pergaduhan tetapi ada kalanya kita perlu mempertahankan kebenaran," demikian kata penyanyi Aishah yang mengatakan jika tiada jalan lain, dia tidak mempunyai pilihan selain memfailkan saman terhadap Datuk Seri Vida.

Datuk Seri Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Hasmiza Othman bakal disaman mengenai tajaan kalung berlian didakwa bernilai RM80,000 yang didapati palsu.

Penyanyi lagu 'Janji Manismu' itu memberitahu sebegitu kepada Malay Mail, kerana Vida enggan membuat permohonan maaf.

Klik untuk gambar besar


Aishah berkata, dia sebelum ini ingin bertemu hartawan kosmetik itu untuk menyelesaikan isu tersebut, namun menukar fikiran apabila Vida berkata hanya akan menggantikan kalung itu, yang didakwanya barang kemas tulen, dengan matawang kripto keluarannya, Lavida Coin.

"Bagi saya, satu-satunya matawang bernilai hanyalah yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia. Semalam, Bank Negara Malaysia telah memasukkan matawang kripto Vida dalam senarai amaran pengguna kewangan," ujarnya.

Aishah atau nama penuhnya Wan Aishah Wan Ariffin, mendapat perhatian sepanjang minggu ini setelah memuatnaik video dan gambar-gambar yang membuktikan bahawa kalung berlian tajaan Vida ialah kalung tiruan.



Aishah memberitahu, dia mendapati kalung itu palsu dan tidak bernilai sejak setahun lalu, iaitu selepas memenangi program realiti, Gegar Vaganza musim ke-4 (GV4).

Namun dia hanya membuat pendedahan mengenainya di media sosial Sabtu lepas setelah gagal menemui jalan penyelesaian dengan Vida (setelah cuba berbincang dengan Vida sebelum ini).

"Saya berharap dengan pendedahan ini, akan ada garis panduan yang lebih ketat bagi mengelakkan perkara seperti ini berlaku lagi.

"Saya tidak mahu individu dalam industri yang lebih muda dan tidak berpengalaman untuk melalui apa yang telah saya tempuh," tuturnya.




www.myartis.com / Sumber: Malay Mail


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: