25 September 2018

AL-FATIHAH - PAKCIK SHAKILLA KHORIRI MAUT TERSEPIT LORI & KONTENA


Menerusi laman Instagram, pelakon Shakilla Khoriri telah memuatnaik perkhabaran menyedihkan apabila pakciknya meninggal dunia akibat terlibat dalam nafas jalan raya.





Mangsa yang dikenali sebagai Mohd Rizwan maut selepas tersepit antara sebuah lori dan kontena.

"Berita ni pakcik saya... Al Fatihah," tulisnya bersama keratan laporan kemalangan.

Menerusi ruangan komen, para peminat turut menitipkan doa selain merakamkan ucapan takziah terhadap keluarga mangsa.

Terdahulu, memetik laporan berkenaan, seorang lelaki berusia 36 tahun, maut selepas tersepit antara sebuah lori dan kontena di Batu caves. Kejadian berlaku pada 10.00 pagi, dua hari lalu.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: