25 September 2018

FATHIA LATIFF - ZARINA ANJOULIE TAK MAHU LAGI DIKAITKAN


Tidak dapat dipastikan hubungan antara pelakon Zarina Anjoulie dan Fathia Latiff masih lagi berkawan atau pun tidak selepas Zarina juga dilihat cuba mengelak menjawab persoalan yang ditanyakan oleh peminat berkaitan Fathia.





Namun baru-baru ini menerusi InstaStory, Zarina memberikan bayangan bahawa hubungan mereka kini tidak berapa baik. Zarina juga mendedahkan status terkini hubungan mereka dan tidak mahu lagi dikaitkan dengan Fathia.

Tidak kurang juga ada netizen mendakwa 'pergaduhan' mereka ini hanyalah gimik semata-mata memandangkan mereka pernah membangkitkan isu yang sama sebelum ini.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada mereka benar-benar putus sahabat atau sebaliknya. Namun dalam masa yang sama, perhatian lebih tertumpu kepada Fathia yang kini sibuk mempromosikan single terbarunya.

Klik untuk gambar besar


Terdahulu, dua sahabat baik ini menjadi perhatian ramai dimana beberapa identiti dan perangai sebenar suami orang, ahli politik dan selebriti serba sedikit terbongkar.

Sejak beberapa minggu yang lalu, nama dua sahabat baik ini dikaitkan dengan beberapa isu panas melibatkan selebriti tanah air.

Kami mendoakan agar kedua-dua selebriti ini terus sukses tanpa sebarang kontroversi panas memandangkan nama mereka seringkali dianggap sebagai selebriti yang penuh dengan kontroversi.










www.myartis.com / Sumber: Hangat.com


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: