25 September 2018

DIPANGGIL 'SARAH DDU DU DDU DU' - JUARA BIG STAGE TAK KISAH


"Selepas persembahan lagu itu, ada orang yang menegur saya sebagai 'Sarah Ddu Du Ddu Du'. Mungkin sebab saya sahaja yang nyanyikan lagu Kpop di program Big Stage sampaikan orang jadi ingat, saya okay dan tak kisah tentang hal itu.





"Program realiti ini merupakan platform untuk saya kembangkan bakat sebagai penyanyi dan bersyukur ia membuatkan saya semakin dikenali," kata juara program realiti, Big Stage musim pertama iaitu Sarah Suhairi.

Mempersembahkan lagu kumpulan Blackpink berjudul 'Ddu Du Ddu Du' pada konsert minggu keempat lalu, Sarah memberitahu ada peminat menegurnya dengan tajuk lagu tersebut.

Sarah, bagaimanapun berkata dia tidak kisah dengan panggilan tersebut kerana ia sedikit sebanyak membantu membuatkan dirinya semakin dikenali.

Klik untuk gambar besar


Penyanyi berusia 18 tahun ini membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi.

Pada pentas akhir itu, Sarah menyanyikan lagu 'Awan Terpilu' nyanyian asal Ning Baizura dan lagu baharu berjudul 'Jiwa dan Raga' ciptaan Iman Imran dan Rumnan.

Menyebut mengenai hadiah kemenangan, Sarah memberitahu dia sudah mempunyai perancangan untuk hadiah wang tunai tersebut.

"Wang kemenangan ini akan saya gunakan sebaiknya, RM50,000 untuk simpanan masa depan dan kembangkan karier seni.



"Manakala selebihnya untuk simpanan di Tabung Haji dan Amanah Saham Bumiputera (ASB). Penting untuk membuat simpanan kerana kita tak tahu apa akan berlaku pada masa depan, lagi pula kerjaya sebagai artis ada turun dan naik," ujarnya.

Mula menyerlah menerusi lagu Pedih, Sarah, 18, berkata, pengalaman lapan minggu menyertai program nyanyian itu membuka matanya terhadap realiti perlu dilalui untuk mempertahankan nama.

"Memang pada permulaan, saya agak risau kerana nama saya kurang popular berbanding peserta lain. Namun, perlahan-lahan saya mula sedar, populariti bukan segala-galanya jika tanpa usaha yang jitu.

"Bermula dari situ, saya bangkit untuk membuktikan bakat sebenar. Alhamdulillah, usaha itu berhasil apabila saya diangkat sebagai juara," tuturnya.




www.myartis.com / Sumber: mStar & Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: