22 September 2018

ANAK DIDIE DAPAT KEPUTUSAN CEMERLANG, '4 FLAT'


Menerusi laman Instagram, pelakon dan pengacara Didie Alias telah berkongsi berita gembira dimana anak-anaknya mendapat keputusan cemerlang iaitu '4 flat' dalam pelajaran mereka.





Kata Didie, keputusan cemerlang anak-anaknya itu merupakan penguat semangat untuk terus mencari rezeki.

"Alhamdullillah hanya Allah je yang mengetahui perasaan ibu aka mumy kpd anak2 yg mendapat keputusan cemerlang..

"Tahniah anak2 mumy @dayinirdzn @dinierdzn @diyanardzn bg muny tersenyum dan penguat semangat mumy untuk terus berkerja mencari rezeki utk korang.

Klik untuk gambar besar


"Nie je yang blh membuat orang diam mengata kt mumy,biarlah org nk ckp ape kt mumy kamu nie, I do all this for u..

"Berkat doa mumy & daddy, Semuga korang terus sukses dunia & akhirat..❤️ u 😘😘😘 #bulanyangcemerlangbuatanak2muny #4flat #syukuryaAllah #sentiasamendoakan #doayangbaik2 #," tulisnya.

Susulan itu, netizen mengucapkan tahniah kepada Didie, malah ada juga yang memuji cara dia membesarkan anak-anaknya itu.



Bagaimanapun, ada juga netizen yang mempersoalkan kejayaan '4 flat' anaknya itu dengan mengatakan ia sesuatu yang mustahil untuk dicapai.

Untuk makluman, Didie dikurniakan lima cahaya anak hasil perkahwinan terdahulu dengan pelakon Ridzuan Hashim. Mereka adalah Nur Dhaniyah, Muhammad Daniel, Nur Dania, Nur Diyana dan Nur Dayini.

Manakal perkahwinannya dengan suami kedua Norisham Ismail, Didie dikurniakan anak lelaki bernama Muhammad Dayyan.

Apapun, jika berusaha bersungguh-sungguh tiada apa pun yang sukar untuk dicapai. Bak kata perpatah, usaha tangga kejayaan. Betul tak?










www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan & Instagram Didie Alias


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: