23 September 2018

TAHNIAH - DATUK YUSOF HASLAM TERIMA GELARAN 'DOKTOR'


"Saya bagaimanapun tentunya berbesar hati menerima tawaran pihak universiti. Ia adalah pengiktirafan bermakna buat saya selama lebih empat dekad dalam dunia seni.





"Sebelum ini, gelaran 'Doktor' turut dianugerahkan kepada tokoh seni lain seperti Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Tan Sri Jins Shamsuddin dan Datuk Ahmad Nawab daripada universiti yang berbeza," kata Datuk Yusof Haslam, 64, yang menerima Ijazah Doktor Falsafah Kehormat Sastera Seni dalam bidang perfileman yang membawa gelaran 'Doktor', semalam.

Penerbit dan pengarah filem terkenal itu menerima ijazah terbabit sempena Majlis Konvokesyen Universiti Terbuka Malaysia (OUM) di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Penganugerahan itu berikutan sumbangan besar pemilik syarikat produksi Skop Production Sdn Bhd berkenaan dalam dunia perfileman selama hampir 46 tahun.

Klik uintuk gambar besar


Kejayaan Skop Production yang menghasilkan deretan filem pecah panggung sejak 1981 menjadi kayu pengukur kepada kejayaan Yusof dalam industri seni.

Yusof berkata, beliau tidak pernah meletakkan harapan untuk menerima pengiktirafan atas sumbangannya dalam dunia perfileman Melayu dan inilah penganugerahan ketiga yang mengiktirafkan kejayaannya sebagai usahawan, pengarah dan penerbit.

"Pada 1996, saya menerima Anugerah Usahawan Malaysia daripada Dewan Perniagaan Melayu Malaysia ketika menerbit dan mengarahkan filem Maria Mariana.

"Saya turut menerima penganugerahan ACP Kehormat daripada Polis Diraja Malaysia kerana aktif menghasilkan drama kepolisian pada 2012. Alhamdulillah, hari ini, saya mendapat gelaran Doktor pula," tuturnya.






www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: