23 September 2018

ELAK JAWAB SOALAN NETIZEN - ZARINA 'PUTUS' DENGAN FATHIA?


Menerusi laman Instagram, telatah antara Zarina Anjoulie dan Fathia Latiff seakan janggal malah Zarina juga dilihat cuba mengelak menjawab persoalan yang ditanyakan oleh peminat kepadanya berkaitan dengan pelakon 'Ariana Rose' itu.





Melalui beberapa soalan di InstaLive yang tidak terjawab diikuti dengan status di InstaStory dan juga menjawab beberapa pertanyaan berkaitan dengan Fathia, mungkin juga ada perkara yang terjadi di antara dua sahabat baik ini.

Sama ada putus atau tidak persahabatan mereka, nampaknya perkara ini dalam masa yang sama turut memberi perhatian yang terarah kepada Fathia kerana beberapa hari saja lagi, dia akan keluar dengan single terbarunya sendiri.

Klik untuk gambar besar


Kehadiran Zarina dan juga Fathia di laman sosial merupakan salah satu fenomena di mana terdapat beberapa identiti dan perangai sebenar suami orang, ahli politik dan selebriti serba sedikit terbongkar.

Paling terbaru, Fathia secara terang-terangan bergaduh mulut dengan pengarah Michael Ang di Instagram. Dalam masa yang sama, Fathia turut menyanyikan lagu 'Real Friends' oleh Camila Cabello di InstaStory dan menujukan lagu tersebut untuk future real friends.












www.myartis.com / Sumber: Rotikaya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: