23 September 2018

"LEPAS KAHWIN KENALAH IKUT PINDAH LONDON" - RUHAINIES


"Dia memang sudah beberapa kali menyatakan hasrat untuk menjadikan saya sebagai isteri. Bahkan, hubungan kami juga sudah diketahui keluarga. Dia pun sudah bertemu dengan keluarga saya. Cumanya, sekarang, dia menunggu kata putus daripada saya sahaja.





"Buat masa ini, biarlah saya mengenali hati budinya dahulu. Lagipun, saya kena tunggu kakak (pelakon Risteena Munim) melangsungkan perkahwinan terlebih dahulu.

"Tak manis lah kalau saya nak melangkah bendul pula," kata pelakon Ruhainies yang memberi gambaran bahawa hubungannya bersama lelaki tersebut berada dalam fasa yang serius.

Selepas beberapa kali dilihat bersama seorang lelaki kacak sejak kebelakangan ini di laman sosial, akhirnya Ruhainies baru-baru ini mengakui bahawa lelaki seusia yang berumur 26 tahun itu merupakan teman istimewanya.

Bagaimanapun, Ruhainies atau nama penuhnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilya, memberitahu yang dia belum bersedia untuk mendedahkan wajah dan identiti sebenar ahli perniagaan yang digelar sebagai Mr. E itu.

Klik untuk gambar besar


Menurut Ruhainies sejak kebelakangan ini dia mengakui banyak memuatnaik video menggunakan aplikasi Insta Story menunjukkan dia bersama kekasih hatinya itu.

"Dia menetap di London, cuma balik ke sini atas urusan kerja sahaja. Jadi, waktu ini sahajalah yang kami ada untuk meluangkan masa bersama.

"Kalau ikutkan, sebelum ini dia hanya pulang ke Malaysia dua kali setahun sahaja. Cuma, selepas kami berkawan dalam dua bulan sekali dia akan pulang ke sini memandangkan sudah enam tahun tinggal di London.

"Selepas ini sudah jadi macam Kuala Lumpur ke Pulau Pinang sahajalah London tu," selorohnya yang memberitahu teman lelakinya itu juga sedang mengikuti pengajian separuh masa di peringkat sarjana dalam bidang perakaunan.



Diusik dengan perancangan perkahwinan, kata Ruhainies, jika segala-galanya sudah ditetapkan, dia akan berkongsi cerita kepada semua.

Pelakon drama 'Menantu Bilal' itu juga memberi bayangan bahawa dia mungkin akan tinggal di London selepas mendirikan rumah tangga dengan jejaka tersebut.

"Kalau lepas kahwin saya kenalah ikut tinggal dengannya. Memandangkan dia sudah memiliki kediaman sendiri di London, jadi kena pindah duduk di sanalah," kongsinya yang mengakui jejaka tersebut merupakan anak orang kenamaan di negara ini.

Memandangkan dirinya menjalin hubungan cinta jarak jauh, kata Ruhainies, selepas ini mungkin dia akan bergilir-gilir berulang-alik antara Kuala Lumpur dan London.

"Minggu depan dia akan pulang ke London semula. Jadi, kami akan bertemu semula pada Disember nanti. Hujung tahun nanti saya dan ahli keluarga lain pula yang akan bertandang ke London pula. Kena bergilir-gilir pula lah," jelasnya.




www.myartis.com / Sumber: Kosmo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: