23 September 2018

RANCANG KONSERT AMAL - LAN MAHU BANTU KANAK-KANAK SUMBING


Bersyukur keadaan cahaya mata keempatnya, Nur Amna Quxandra, semakin baik selepas menjalani pembedahan membetulkan bibir sumbing pada 31 Mei lalu, penyanyi, Lan Solo berkata bibir Xandra bagaimanapun perlu dipantau dari semasa ke semasa.





"Alhamdulillah, jahitan di bibir Xandra semakin baik, tetapi dia masih perlu dibawa bertemu doktor untuk pemeriksaan susulan.

"Xandra perlu dipantau sehingga usianya 18 tahun. Berikutan proses tumbesaran dirinya, risau nanti ada rekahan di lelangit anak saya.

"Doktor ada memberikan ubat dan mengajar teknik urutan bagi menghilangkan kesan pembedahan. Kini, sekiranya orang tidak pernah tahu keadaan bibirnya (sebelum ini), mereka takkan perasan dia pernah menjalani pembedahan," kata Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 33.

Klik untuk gambar besar


Menurut Lan yang muncul dengan single 'Berpisah Tanpa Rela', April lalu, puterinya itu turut menampakkan perkembangan seperti bayi seusia dengannya.

Sementara itu, Lan turut berkongsi perancangannya untuk mengadakan persembahan amal bagi membantu kanak-kanak senasib dengan anaknya.

"Insya-Allah kalau tiada halangan, persembahan amal ini akan dianjurkan pada November depan bersama organisasi anak-anak sumbing. Begitupun, lokasi dan tarikhnya masih dalam perbincangan," tuturnya.








www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: