23 September 2018
DULU BOROS, KINI JIMAT - HAQIEM MULA BERNIAGA BURGER PULA
"Mula-mula jadi artis dulu, saya memang boros dan suka membazir dengan membeli alat permainan, kasut dan telefon bimbit.
"Sekarang ini saya lebih berjimat-cermat dan mula menyimpan untuk kegunaan yang lebih penting. Saya target tahun depan nak beli rumah dan kereta untuk ibu bapa saya.
"Memandangkan rumah sekarang ini agak sempit, jadi saya nak beli rumah yang lebih luas untuk kami sekeluarga," demikian kata penyanyi Haqiem Rusli yang memberitahu dia seorang yang agak boros berbelanja ketika di awal pembabitannya sebagai anak seni.
Menurut Haqiem, 20, sikap boros tersebut membuatkan dia mula sedar bahawa sudah tiba masanya dia membuat simpanan dan membeli aset masa depan.
Klik untuk gambar besar
Sementara itu, penyanyi lagu 'Jatuh Bangun' ini berkata dia bakal menjalankan perniagaan makanan tidak lama lagi.
"Sebelum ini saya sudah buka kedai permainan digital di Hulu Langat dan selepas ini saya akan memulakan perniagaan burger pula.
"Duit hasil nyanyian yang saya perolehi ini lebih elok dilaburkan ke arah bisnes pula, jadi tak adalah membazir!," katanya.
www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment