12 September 2018

"ASALKAN MEREKA BAHAGIA, PERNIAGAAN MAJU" - ISMAIL IZZANI


Menerusi laman Twitter, penyanyi Ismail Izzani ada memuatnaik status yang memberikan pelbagai reaksi di kalangan netizen.





Bagaimanapun, penyanyi lagu 'Luar Biasa' itu tidak memberikan butiran jelas mengenai status tersebut ditujukan kepada sesiapa.

Katanya, selagi individu tersebut bahagia dan perniagaan mereka bertambah maju, itu adalah sesuatu yang bagus untuk mereka.

"I have my own reason why ☺️ as long as their happy and as long as their business are doing great then it’s good for them," tulis Ismail atau lebih mesra disapa Mail itu.

Klik untuk gambar besar


Meski tidak dinyatakan dengan jelas mengapa Ismail memuatnaik kenyataan tersebut, namun netizen berpendapat entri tersebut berkait rapat dengan isu bersama pelakon Zarina Anjoulie dan Fathia Latiff.

Dalam pada itu, rata-rata di ruangan komen memberikan kata-kata semangat supaya Ismail terus bersabar dan belajar daripada kesilapannya itu.

Apapun, semoga dugaan ini akan mematangkan Ismail untuk menjadi individu yang lebih baik pada masa akan datang.






www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan & Twitter Ismail Izzani


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: