03 September 2018

BALIK HAJI - FOUZIAH GOUS DIPUJI TAMPIL BERTUDUNG


Pelakon Fouziah Gous yang tampil mengenakan hijab selepas pulang dari menunaikan ibadah haji tahun ini bersama suaminya, Zhafran Yusof itu menerima pujian daripada peminat.





Menerusi laman Instagram suaminya, sekeping gambar dimuatnaik memperlihatkan imej bertudung Fouziah bersama suami sedang berada di sebuah pantai peranginan.

Foto tersebut menarik perhatian peminat yang turut memuji kecantikan Fouziah dan beranggapan pelakon drama 'Tahajjud Cinta' itu sememangnya sudah mengenakan hijab.

Klik untuk gambar besar


Fouziah, 35, dan suami, Zhafran Yusof, 35, berangkat ke tanah suci Makkah pada 16 Ogos lalu dan selamat pulang ke Malaysia pada Sabtu.

Bagaimanapun, sehingga kini Fouziah atau nama penhnya Nor Fouziah Mohd Gous belum memberi sebarang kenyataan mengenai penampilan tersebut.

Malah, di laman sosial miliknya juga tiada sebarang foto terbaharu mengenai imejnya yang dimuatnaik.








www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: