03 September 2018
WAJAH TUNANG ELFIRA - SUFIAN BERHIJRAH KE INDONESIA
Biarpun selepas ikatan pertunangan mereka putus, penyanyi Sufian Suhaimi mengakui dia tidak bermusuhan dengan bekas tunangnya, aktres Elfira Loy.
Menurut penyanyi lagu 'Di Matamu' ini, apa saja yang dilakukan oleh Elfira bukan lagi menjadi kepentingan buat dirinya.
"Saya anggap kami masih berkawan, cuma tidak ada sebab untuk kami saling berhubung. Bukan maksud kami bermusuhan, tetapi masing-masing sudah 'move on' antara satu sama lain.
"Bagi saya apa saja yang dilakukan oleh dia, sudah tidak ada kepentingan bagi saya untuk mengambil tahu. Cukuplah jika kami mendoakan kebahagiaan masing-masing. Saya mendoakan kebahagiaannya," ujarnya kepada Astro Gempak.
Klik untuk gambar besar
Kata Sufian, dia sama sekali tidak mengetahui khabar mengenai Elfira yang difahamkan telah bertunang dengan seorang pengurus besar di sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka di ibu kota, Muhamad Faris Khairol Anuar.
Tambah penyanyi yang mula dikenali dengan lagu 'Terakhir' ini, sekarang merupakan masa yang tepat untuk dirinya berhijrah dari Malaysia dan melebarkan sayap ke Indonesia.
"Semua penyanyi mesti ada mempunyai harapan untuk mengintai pasaran negara seberang. Sebelum semua perkara ini terjadi pun, saya sudah lama menanam impian itu.
"Melihatkan apa berlaku sekarang, saya rasa melebarkan sayap ke Indonesia adalah perkara yang tepat untuk dilakukan buat masa ini, bagi mengembangkan lagi bakat saya.
"Keputusan ini bukan saja untuk 'meratapi perasaan' tetapi dijadikan sebagai satu platform untuk menjadi manusia lebih berjaya," tuturnya yang pernah bertunang dengan Elfira pada 6 Oktober 2017 namun berakhir pada 18 Februari lalu.
Melalui Berita Harian, sumber memaklumkan yang pasangan itu bakal mendirikan rumah tangga pada tahun depan, namun tarikhnya masih belum ditetapkan.
Elfira yang dihubungi bagi mengesahkan perkara itu memilih untuk tidak mengulasnya, sebaliknya hanya memberi bayangan dirinya sedang dilamun bahagia menerusi Insta Story di Instagram apabila memuatnaik gambar bentuk hati.
Sebelum ini, hubungan Elfira, 24, dan jejaka itu mula dihidu apabila dia memuatnaik gambar bersama seorang lelaki pada 19 Ogos lalu berserta kapsyen: "Buang kebencian, lahirlah kebahagiaan", seterusnya mencetuskan andaian dia sedang dilamun cinta.
www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Berita Harian
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment