03 September 2018

"GAMBAR LAMA, BUKAN ISU BESAR" - ZARINA ANJOULIE


"Saya dan Fathia memang berkawan rapat sejak dahulu dan orang tak faham tentang hubungan kami. Kena 'bahan' dalam IG tu perkara biasalah sebab dia pun buat benda yang sama sampaikan mengeluarkan semula gambar saya tak bertudung.





"Orang terus anggap saya nak buka tudung dan sebagainya pada hal itu adalah cara kami bergurau dan bersahabat.

"Sebab itu kalau tak kenal kami berdua tak payah nak komen lebih sangat," kata pelakon Zarina Anjoulie yang memberitahu, baginya ia isu kecil dan tak perlu diperbesarkan kerana dakwanya itu adalah gambar lama dan hanya cara pelakon Fathia Latiff 'membahan dirinya'.

Klik untuk gambar besar


Sebelum ini, penyanyi remaja Ismail Izzani mengakui kesilapannya dan telah meminta maaf dari ibu bapa dan pihak pengurusannya berhubung satu gambar dia memeluk pinggang Zarina yang berpakaian jarang, tidak bertudung.

Gambar itu dimuatnaik ke akaun Instagram oleh Fathia Latiff pada 31 Ogos lepas. Ada yang mendakwa ia diambil di sebuah kelab pada malam ambang ulangtahun kemerdekaan.

Jika ia gambar lama, pastinya Ismail Izzani yang kini berusia 18 tahun tidak boleh memasuki tempat hiburan kerana dibawah umur.








www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: