03 September 2018
NADIYA NISSA TAYANG 'BABY BUMP' - NETIZEN UCAP TAHNIAH
Menerusi laman Instagram, pelakon Nadiya Nisaa telah memuatnaik foto yang menunjukkan seperti 'baby bump' dan ia telah menjadi perhatian sehingga dihujani ucapan tahniah selepas didakwa sedang hamil.
Rata-rata pengikutnya gembira dan mengucapkan tahniah kepada Nadiya. Tidak kurang ada juga yang tertanya-tanya adakah benar dia kini sedang hamil.
Namun Nadiya mengambil langkah untuk tidak menjawab komen pengikutnya. Sebaliknya hanya membalas dengan emoji senyuman dan bentuk hati.
Klik untuk gambar besar
Terdahulu, anak kedua dikandungnya disahkan meninggal dunia di dalam perut ketika berusia sembilan bulan dalam kandungan.
Pelakon 'Oh My English' itu mendirikan rumah tangga bersama Saiful Razman Kasim dan dikurniakan seorang anak lelaki.
www.myartis.com / Sumber: Instagram Nadiya Nissa
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment