03 September 2018

"ADA YANG LEBIH LAYAK" - TAJUL SUDAH JANGKA TERSINGKIR


Pada minggu kelima konsert Big Stage yang berlangsung malam semalam telah menyaksikan penyanyi Tajul atau nama penuhnya atau nama sebenarnya Tajul Ariff Noor Md Shari, 20, pula menjadi peserta keempat yang tersingkir.





Kata Tajul, dia berpuas hati dengan persembahannya yang menyanyikan lagu 'Sulit' nyanyian asal Aman Aziz pada malam itu.

"Alhamdulillah saya berpuas hati dengan persembahan malam ini kerana telah melakukan yang terbaik. Namun, ada yang lebih baik dan layak daripada saya. Saya sudah merasakan yang malam ini akan tersingkir," katanya.

Tambah Tajul, bukan gelaran juara yang dikejar ketika dia membuat keputusan untuk memasuki pertandingan nyanyian ini.

Klik untuk gambar besar


"Dari awal saya memasuki pertandingan Big Stage, saya sudah beritahu bukan gelaran juara yang saya kejar, tetapi pengalaman yang saya ingin dikumpul.

"Saya belum pernah memasuki mana-mana pertandingan sebelum ini, jadi saya ingin mencari kelemahan pada diri ini," ujarnya ketika ditemui usai program realiti Big Stage di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Sementara itu, penyanyi Faizal Tahir selaku juri tetap berkata, karakter persembahan dan cara nyanyian yang bersahaja setiap minggu yang ditampilkan Tajul juga tidak sesuai untuk pertandingan.



"Dia terlalu relaks sudah minggu kelima masih relaks lagi. Personaliti dia sebagai peserta yang bertanding juga tidak seperti peserta lain. Saya tidak pandang rendah pada dia cuma saya cara nyanyiannya bukan yang terbaik untuk masuk pertandingan," tuturnya

Hanya enam bintang yang masih kekal di Big Stage iaitu Sarah Suhairi, Ariff Bahran, Afieq Shazwan, Syafiq Farhain, Baby Shima dan Wani Kayrie.

Pada konsert minggu kelima, juri tetap Faizal Tahir telah menentukan battle di antara kesemua peserta untuk persaingan di minggu hadapan.

Dalam segmen battle, kumpulan pertama terdiri daripada Sarah Suhairi vs Ariff Bahran, kumpulan kedua ialah Syafiq Farhain vs Baby Shima dan kumpulan 3 menyaksikan persaingan antara Afieq Shazwan vs Wani Kayrie.






www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: