21 September 2018

"BUAT-BUAT INNOCENT" - FATHIA MUATNAIK PERBUALAN WHATSAPP


Pelakon Aiman Hakim Ridza baru sahaja memuatnaik status menafikan dakwaan bekas kekasihnya, Fathia Latiff berhubung dakwaan dia masih belum melangsaikan hutang dengan pelakon 'Ariana Rose' itu.





Aiman menerusi InstaStory juga turut menjelaskan beliau menyekat Fathia di WhatsApp dan Instagram kerana menggunakan bahasa kesat.

Terkini, Fathia yang tidak mahu mengalah telah tampil sekali lagi dengan memuatnaik beberapa 'screenshot' perbualan WhatsApp beliau dan Aiman mengenai urusan jual beli saham yang mereka sama-sama laburkan sebelum ini.

Semalam Fathia kembali dengan kontroversi yang menggegarkan dunia hiburan apabila tiba-tiba menyerang bekas kekasihnya, Aiman Hakim di laman sosial.

Klik untuk gambar besar


Fathia menuntut Aiman untuk membayar semula wang beliau dan turut menggelar pelakon lelaki itu lelaki dayus.

Apa yang dilakukan oleh Fathia itu menerima pelbagai reaksi termasuklah daripada Sharifah Sakinah dan Michael Ang yang masing-masing mempertahankan Aiman.

Mereka menganggap apa yang Fathia lakukan hanya mengaibkan orang lain dan meminta agar beliau berbicang secara baik untuk menyelesaikan segala masalah.

Terdahulu, Fathia memberitahu telah melaburkan wang berjumlah RM 20,000 untuk sejenis perniagaan dibawah Aiman. Namun, pelaburan itu mengalami kerugian dan beliau hanya menerima pulangan wang berjumlah RM3,000.














www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: