21 September 2018

LAMA BERDIAM DIRI - ELFIRA SAHKAN BERTUNANG DENGAN FARIS


Pelakon Elfira Loy yang sekian lama berdiam diri mengenai status hubungan dengan jejaka yang dikenali sebagai Faris K Anuar akhirnya membuka mulut dengan mengesahkan beliau sudah bertunang pada 2 September lalu.





Elfira menerusi akaun Instagramnya turut mengakui beliau sedang sangat bahagia dan momen pertunangan itu adalah yang paling indah buatnya.

Hubungan Elfira dan Faris yang merupakan anak kepada seorang usahawan bergelar Datuk mula terjalin sekitar bulan Ramadhan lalu.

Klik untuk gambar besar


Hanya selepas beberapa bulan berkenalan, berita mengenai majlis merisik serta pertunangan mereka mula diperkatakan.

Majlis pertunangan pasangan tersebut diadakan secara tertutup dan sederhana sahaja di rumah keluarganya di Alam Damai, Kuala Lumpur.

Terdahulu, Elfira pernah bertunang dengan penyanyi Sufian Suhaimi pada 6 Oktober 2017 dan merencana untuk mendirikan rumah tangga pada Mac tahun ini. Namun, jodoh mereka tidak kesampaian apabila sah putus tunang pada 18 Februari lalu.








www.myartis.com / Sumber: Instagram Elfira Loy


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: