21 September 2018

"HANYA GURAUAN" - NABIL AKUI TIADA NIAT HINA CALIPH BUSKERS


"Ayat 'bawa dia kat Caliph Buskers, diorang tak tau' bukan bertujuan untuk menghina mereka. Ia hanya gurauan yang disalah anggap segelintir pihak. Caliph Buskers sudah bersama saya dan program ini selama enam tahun.





"Jadi kami sudah biasa dan faham cara kerja masing-masing," kata pelawak dan pengacara Nabil Ahmad yang memberitahu beliau hanya ingin bergurau sahaja dan tiada niat untuk menghina dan menghina kekurangan kumpulan Caliph Buskers.

Sebelum ini, gurauan Nabil yang meminta hantu langsuir berdiri berdekatan dengan kumpulan Caliph Buskeres kerana mereka tidak boleh menyedarinya mengundang kecaman daripada netizen.

Rata-rata netizen menyifatkan ia adalah lawak yang kurang ajar dan keterlaluan apabila menghina golongan yang cacat penglihatan.

Klik untuk gambar besar


"Memandangkan mereka sebahagian daripada program ini, jadi saya kena gunakan mereka juga. Sekurang-kurangnya mereka tahu apa yang berlaku di set. Bagi saya, tidak ada apa yang salah pada ayat itu," ujarnya lagi.

Nabil berpendapat hanya mereka yang berfikiran negatif dan kebudak-budakan saja menganggap apa yang beliau lakukan itu keterlaluan.

Beliau juga mempersoalkan mengapa hanya dirinya sahaja dikritik dan kenapa tidak salahkan orang lain yang turut tertawa dengan gelagatnya ketika itu.


www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: