27 September 2018

BUAT HAL LAGI - ALIFF SYUKRI GELAR ANAK 'PENGEMIS'


Baru sahaja dipuji selepas melancarkan lagu nasyid penuh dengan unsur keharmonian yang dinyanyikan bersama isteri tercinta, Datin Seri Shahida, kini Datuk Seri Aliff Syukri kembali membuat hal lagi.





Kali ini, usahawan kosmetik itu menggelar anak-anaknya seperti pengemis menerusi satu entri yang dimuatnaik di laman Instagram.

Sebelum ini, Aliff dikecam teruk kerana lagu kontroversi, 'Bobo Dimana' yang didakwa memberi pengaruh buruk dan berunsur lucah.

"Siapa paling comel?? anak2 abah.. samua belum mandi dan smua muka mcm pengemis.. hanya saya paling comel.. setuju tak??," tulisnya.

Klik untuk gambar besar


Apa yang membangkitkan kemarahan netizen ialah Aliff seolah-olah ingin tunjuk hanya diri dan wajahnya sahaja 'nampak elok'.

Meskipun niat beliau hanya sekadar ingin bergurau, rata-rata netizen bagaimanapun menegur agar Aliff menjaga percakapan beliau.

Iyalah, kata-kata kita ibarat satu doa dan sebagai seorang bapa cakaplah perkara baik-baik sahaja kepada anak-anak.

Harapnya Aliff dapat menerima teguran ini dengan hati yang terbuka, jangan rasa tertekan pula ya. Sebelum memuat naik sesuatu fikirlah dahulu agar tidak mengundang salah faham.






www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara & Instagram Aliff Syukri


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: