27 September 2018

PERINGATAN ALLAH PADA ASYRAF KHALID


"Baru-baru ni, saya dilanda musibah, kereta kesayangan saya dilanggar lori dan lori tersebut lari tanpa sempat ambil nombor plat. Bila saya diuji, benda pertama dalam fikiran saya, ujian ni datang dari Allah dan mungkin saya kurang ingat pada Allah atau mungkin saya tak jaga waktu solat saya.





"Bila kita ambil ujian Allah ini sebagai satu peringatan, kita akan kembali ke jalan yang lurus dan bila kita di jalan yang lurus, Insya-Allah akan reda dengan perbuatan kita dari situlah datangnya rezeki yang lebih besar," demikian kata Asyraf Khalid apabila kereta kesayangannya itu dilanggar lori baru-baru ini.

Anak tirirnya kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin ini menganggap musibah yang dialami ini adalah peringatan daripada Allah padanya.

Dalam pada itu, suami kepada Tya Ariffin itu berkata, kejadian buruk yang berlaku itu tidak boleh dianggap sebagai nasib malang. Tambahnya, setiap musibah yang berlaku seharusnya menjadi peringatan untuk kembali kejalanNya.

Klik untuk gambar besar


"Kepada yang melihat masalah itu sebagai satu 'bad luck' mereka akan terus lagi dapat 'bad luck' kerana mereka tidak ambil musibah tersebut sebagai peringatan dari Allah dan terus lupa pada Allah serta perintah-Nya.

"Ustaz saya selalu mengingatkan kami, kalau kita punyai masalah dengan sesiapa pun, itu adalah ujian dari Allah. Pulihkan hubungan dengan Allah dan hubungan kita sesama manusia akan jaga oleh Allah," katanya.

Bagaimanapun, bapa kepada Arif Jiwa Asyraf itu berkata dia bukan seorang ustaz dan hanya berkongsi pendapat peribadinya sahaja.






www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: