27 September 2018

CAJ RM50 WISH BIRTHDAY - JANNA NICK DIKECAM


Baru-baru ini, pelakon Janna Nick dilihat membuat cara lain apabila mula memperkenalkan satu servis yang agak berbeza daripada artis lain yang bila dah popular dan ada berjuta pengikut di Instagram pasti akan menawarkan khidmat review berbayar bagi mereka yang berminat untuk mengiklankan apa-apa produk.





Pengacara Melodi itu menerusi akaun Instagramnya telah melancarkan khidmat ucapan berbayar untuk peminatnya yang mahu beliau membuat ucapan hari jadi dan caj yang dikenakan adalah sebanyak RM50 untuk satu ucapan dengan tag nama peminat tersebut di Insta Stories.

Dalam entri yang sama itu juga, Janna memberitahu yang dia akan memuatnaik ucapannya selepas bayaran dijelaskan.

Klik untuk gambar besar


Peminat adalah tulang belakang artis dan juga penentu untuk populariti serta kerjaya mereka, oleh itu rata-rata netizen mengecam tindakan Janna itu yang jelas tampak tidak ikhlas dan hanya ingin mengambil kesempatan demi mengaut keuntungan semata-mata.

Apa pula pendapat anda? Wajarkah untuk menawarkan khidmat sebegini sedangkan peminat tidak pula meminta bayaran daripada mana-mana artis jika hendak menyokong karier mereka. Hmmph..










www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: