07 September 2018

BUAT KEJUTAN BIRTHDAY PENGASUH - OZLYNN & JOHAN DIPUJI


Menerusi laman Instagram, pasangan selebriti, Johan dan Ozlynn telah membuat kejutan hari lahir pengasuhnya kelmarin. Ozlynn telah memuatnaik video serta gambar sambutan tersebut di akaun Instagramnya.





"Happy birthday Cora!! Kelam kabut dia g panggil ariq kt luar sb kita saje buat kelam kabut konon nak mintak tlg ariq.. skali dia kena main la cik salmah 🤣🤣..

"Ok korg mesti tertanya sape dia nih.. ok dia nurse yg jaga baby sepanjang aku bekerja kt luar.. org yg tegas tp penyayang.. dh sebulan lebih jaga baby.. byk benda aku tau ttg dia dan belajar dr dia..

"Kita nih bersyukur masih boleh kerja di negara sendiri, nak dgn xnk je atau memilih dgn x.. satu mlm duk dgn dia tgk dia cerita tahan sebak..," kata ibu kepada lima orang cahaya mata itu.

Klik untuk gambar besar


Dalam sttatus sama, Ozlynn yang merupakan seorang pelakon itu juga turut bersimpati kepada pengasuhnya itu apabila nasib malang menimpanya.

"Dia ckp kt sini kdg dia di byr utk jaga org tua, baby.. sedangkn anak dia kt kg sakit.. terpaksa dia tinggalkan sb nak cari duit lebih kt malaysia.. bulan 5 aritu suami dia meninggal.. so dia skrg kena tanggung mak, abg dia yg dh tua dan anak dia yg x sihat..

"Tabah betul dia.. kdg dia tgk aku suap anak2 makan.. dia kat tepi menitik2 air mata.. aku nmpk dia cuba sorok muka.. aku pon xnk dia sedih trus ckp tp x pandang muka dia.. aku suh dia keje leklok.. nnt aku bwk anak ko dtg sini melawat ko..



"Jgn risau pasal duit belanja n tiket flight.. nnt aku curik duit laki aku sb dia byk duit.. tergelak dia smbl lap airmata dgr aku ckp..," ceritanya.

Meskipun kejutan hari jadi itu dibuat secara sederhana, namun ia memberi 1001 kenangan bagi mereka.

"Dia bkn islam tau.. tp dh selalu dgr aku ckp InsyaAllah, dia sendiri sebut.. yes maam, insyaAllah.. 😢 hareyyy betul aku lak yg sedih.. x ssh pon nak bahagiakan org.. bg kasih syg... iyeee kasih syg... percayalah korg akn bahagia juga..," tulis Ozlynn sebak.

Rata-rata netizen turut berasa sebak dengan kapsyen Ozlynn dan terharu melihat Ozlynn sanggup melayan pengasuhnya itu seperti keluarga sendiri.




www.myartis.com / Sumber: Instagram Ozlynn


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: