06 September 2018

KUTIPAN BESAR 'HANTU KAK LIMAH' - ANDY LAU UCAP TAHNIAH


"Tahniah untuk filem Hantu Kak Limah, ini merupakan satu kejayaan besar untuk kita semua," demikian kata pelakon terkenal Hong Kong, Andy Lau yang mengucapkan tahniah kepada produksi filem 'Hantu Kak Limah' atas kejayaan mencapai kutipan pecah panggung dalam filem tersebut.





Andy, 57, menyifatkan ia sebagai satu kejayaan besar untuk semua yang bertungkus-lumus menyiapkan naskhah tersebut.

Andy menyampaikan ucapan ringkas itu ketika majlis makan malam meraikan kejayaan filem tersebut yang diadakan di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur pada malam Rabu.

Klik untuik gambar besar


Pelakon filem 'Shaolin' ini merupakan salah seorang pengasas syarikat gergasi produksi Infinitus Entertainment Group yang juga merupakan selaku penaung Infinitus Gold.

Dalam majlis yang sama, Andy turut mengumumkan pemberian bonus kepada semua tenaga produksi yang terlibat.

Sehingga kini 'Hantu Kak Limah' sudah berjaya mengutip RM36 juta sejak 28 hari tayangan dan dijangka kutipan sebanyak RM40 juta akan dicapai. Filem ini merupakan terbitan Infinitus Gold bekerjasama dengan Astro Shaw.




www.myartis.com / Sumber: mStar & Hlive


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: