24 September 2018

"BUKAN LARIKAN DIRI TAPI RASAI SUASANA BERBEZA" - SUFIAN


"Sebenarnya dah lama bercita-cita nak pergi Indonesia. Kalau ikutkan itu impian semua penyanyi. Saya ada suarakan hasrat itu kepada syarikat pengurusan.





"Saya rasa perlu keluar dari Malaysia buat sementara waktu ini. Bukan larikan diri tapi nak rasai suasana yang berbeza.

"Sebab akhir-akhir ini, saya agak terkesan apabila orang masih mengaitkan saya dengan orang yang pernah ada kaitan tapi benda itu dah berlalu," kata penyanyi Sufian Suhaimi yang mengakui berasa terkesan apabila masih ada pihak yang mengaitkan dirinya dengan kisah cinta terdahulu.

Pemuda berusia 26 tahun ini berkata dia mahu meninggalkan Malaysia buat sementara waktu untuk merasai suasana yang berbeza dan akan ke Indonesia selama seminggu dalam masa terdekat untuk mempromosikan lagu 'Di Matamu'.

Klik untuk gambar besar


Sebelum ini, kisah berakhirnya pertunangan Sufian dengan pelakon Elfira Loy mendapat perhatian umum. Malah, nama Sufian sekali lagi dikaitkan apabila berita Elfira sudah mengikat tali pertunangan dengan lelaki bernama Faris Anuar baru-baru ini.

Dalam pada itu, selain mempromosikan single ketiganya itu, Sufian bakal berkolaborasi dengan band wanita Indonesia, Shima menerusi lagu 'Berteman Sahaja'.

"Berdebar juga nak tunggu macam mana pendengar di Indonesia terima lagu 'Di Matamu'. Tapi alhamdulillah dah ada beberapa stesen radio di sana meletakkan lagu saya itu antara top 10 dalam carta mereka.

"Selain promosi lagu, saya juga akan merakam sebuah lagu berjudul 'Berteman Sahaja' dengan band wanita di Indonesia iaitu Shima," ujarnya.










www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: