02 September 2018

"BUKAN TAKUT TAPI KAMI MASIH FASA KENALI" - RUHAINIES


Tampil nafi dakwaan dia sengaja menyembunyikan identiti kekasihnya kerana bimbang jejaka itu dirampas wanita lain, pelakon Ruhainies, 25, memberitahu yang dia memilih untuk tidak menghebahkan hal peribadi memandangkan hubungan mereka masih dalam fasa mengenali hati budi.





"Bukan kerana takut diambil orang, tetapi kami masih dalam fasa mengenali hati budi. Jadi, biarlah hubungan ini tidak dihebahkan dulu. Apabila tiba masanya nanti, orang akan tahu juga.

"Mungkin kenyataan saya sebelum ini disalahertikan sesetengah pihak hingga timbul andaian seperti itu. Saya sebenarnya tidak berniat begitu.

"Lagipun, si 'dia' bekerja di luar negara dan kami jarang berjumpa. Tidak mahu nanti timbul spekulasi lain pula," jelasnya ketika mengulas mengenai isu itu.

Klik untuk gambar besar


Dalam perkembangan lain, Ruhainies berharap rancangannya untuk pergi bercuti bersendirian setelah tiga tahun itu terlaksana.

"Selesai semua tugasan dalam masa terdekat ini, saya merancang untuk bercuti bersendirian. Saya bercadang mahu ke Eropah selama dua atau tiga minggu. Saya suka melancong dan tidak takut untuk bercuti bersendirian.

"Sudah tiga tahun saya tidak pergi bercuti sendirian, saya berharap sangat perancangan ini dapat dilaksanakan," katanya.






www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: